Penuh Pulak Root Partition Aku


بسم الله الرحمن الرحيم


GParted LiveUSB

Assalamualaikum semua! Okeh. Kaki aku sedang sakit dan aku sambung menulis semua hari ini sebab kereta aku tak boleh nak start. Aku ponteng kerja dengan alasan kaki sakit nak pergi jumpa doktor. Terima kasih bos sebab bagi cuti ini hari. Aku nak cerita pasal root partition linux aku penuh disebabkan aku cuma bagi 10GB kat / memandangkan aku ingat nak bubuh banyak-banyak kat /home. Namun aku terkesima dan terkedu disebabkan error awalan yang aku lakukan. Maka aku pun bercadang untuk meresizekan semula root partition aku tersebut dari 10GB kepada 20GB. Cukuplah kot. Bukan nak install banyak-banyak pun kat root. Ahaha.. dulu pun aku cakap macam ni jugak sebab tu set 10GB. Tapi rasanya 20GB cukup insyaAllah.



Aku pun masuk dalam Windoze aku untuk mengshrinkkan partition C aku namun begitu tidak lah boleh memandangkan terdapat file-file yang berada pada sector-sector yang tidak dibenarkan. 'unmovable' katanya. Jadi aku pun menggunakan third party punya aplikasi iaitu Partition Wizard Home Edition untuk mengecilkan partition C aku dan seraya aku pun mendapat 10GB lagi ruangan untuk aku besarkan root partition aku. Ngahaha... dengan bangganya aku pun merebootkan laptop aku untuk masuk ke dalam GParted LiveUSB demi untuk membesarkan root partition aku pula. Dan.... Apakah? GParted mengeluarkan output iaitu Unallocated. Sepanjang hard disk aku ialah Unallocated. Aduhai. Leceh betul.

Jadi aku reboot semula ke dalam Windoze aku dan muat turun perisian TestDisk untuk melihat apakah yang sudah terjadi kepada partition aku yang  banyak itu. Hampeh punya Partition Wizard. Sekarang aku sedang menggunakan fungsi scan di dalam TestDisk untuk mencari apakah masalah yang telah menyebabkan GParted tidak dapat membaca partition aku. Akan aku kemaskini semula nanti.

Leave a Reply