بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Aku rasmikan isi pertama blog aku yang baru sahaja aku siapkan. Dengan susunan yang sedia ada dalam Blogger, cukuplah untuk aku memulakan segala perjalanan aku dengan Kaki Penguin, selaku pengguna Linux tegar yang tak berapa nak pakar. Tapi memang suka aku ungkapkan, ilmu itu di mana-mana dan blog aku ini akan menjadi salah satu sumber perkongsian ilmu dari aku insyaAllah. Maka, SELAMAT DATANG kepada sesiapa sahaja yang secara tak sengaja mahupun saja-saja tersadung kat Kaki Penguin. Jom pakai Linux!!!



