Thank you!

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Minimal Design

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Download high quality wordpress themes at top-wordpress.net

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Easy to use theme admin panel

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown ...

Makin Lama Aku Makin Pelik


بسم الله الرحمن الرحيم



Crazy Harry


Aku pun tak tahu. Betul ke aku ni makin lama makin pelik? Siapa yang cakap? Tak perlu ada orang yang cakap, aku sendiri memang tahu yang aku sudah semakin pelik!

Dulu, orang cakap Albert Einstein tu gila. Buat semua benda yang gila. Tapi akhirnya beliau menyumbangkan teori photoelectric effect. John Forbes Nash, pun orang cakap dia gila. Memang dia sendiri mengaku mengalami halusinasi dan penyakit ini dikenali sebagai schizophrenia

Jalan-jalan Naik Bas. Apa Kaitan Dengan Linux?


بسم الله الرحمن الرحيم


Bas SKA
Assalamualaikum. Ini hari aku nak cerita pasal semalam aku balik rumah naik bas. Walaupun kau orang semua mesti cakap aku ni entah apa-apa balik naik bas pun nak cerita. Tapi aku tak kira aku nak cerita jugak. Aku cerita ringkas je lah sebab aku banyak kerja. Okay. Kereta aku rosak kelmarin. Jadi aku hantar ke bengkel untuk baiki lah. Takkan saja-saja pulak kan. Jadi pergi kerja semalam aku tumpang kawan sepejabat. 

Bab 1 : Tips Belajar Menggunakan Linux


بسم الله الرحمن الرحيم


Ikhsan dari www.friedbeef.com

Assalamualaikum, Salam sejahtera kepada semua pembaca walaupun aku tahu blog aku yang masih baru berkilat ini tiadalah yang membacanya. Tapi aku tahu, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Okay? Kali ini aku nak bagi sedikit panduan atau tips kepada sesiapa yang baru berjinak-jinak dengan Linux. Al-maklumlah, nak jugak guna Linux tapi takde siapa yang rajin nak ajar. Nak belajar pun bukan senang nak faham. Antara tips nya ialah :


  1. Guna Linux yang sesuai untuk pengguna baru. Contoh : Ubuntu
  2. Fahami konsep struktur Linux dan perbezaannya dengan Windows.
  3. Jangan belajar melalui VMWare, VirtualBox dan sebagainya.
  4. Bersungguh-sungguh. Jangan mudah kecewa dan putus asa.
Sampai di sini terlebih dahulu. INGAT, 4 perkara ini adalah yang paling peting dan asas dalam menguasai Linux. Aku akan kupas dengan lebih mendalam nanti. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Selamat berjaya!

Penuh Pulak Root Partition Aku


بسم الله الرحمن الرحيم


GParted LiveUSB

Assalamualaikum semua! Okeh. Kaki aku sedang sakit dan aku sambung menulis semua hari ini sebab kereta aku tak boleh nak start. Aku ponteng kerja dengan alasan kaki sakit nak pergi jumpa doktor. Terima kasih bos sebab bagi cuti ini hari. Aku nak cerita pasal root partition linux aku penuh disebabkan aku cuma bagi 10GB kat / memandangkan aku ingat nak bubuh banyak-banyak kat /home. Namun aku terkesima dan terkedu disebabkan error awalan yang aku lakukan. Maka aku pun bercadang untuk meresizekan semula root partition aku tersebut dari 10GB kepada 20GB. Cukuplah kot. Bukan nak install banyak-banyak pun kat root. Ahaha.. dulu pun aku cakap macam ni jugak sebab tu set 10GB. Tapi rasanya 20GB cukup insyaAllah.

Haha. Terima Kasih Linux.


بسم الله الرحمن الرحيم


Linux Rocks!

Assalamualaikum WBT. Okeh. Aku masih kat sini. Kat mana? Kat sini lah. Kat menara kampus tercinta. Nak dijadikan cerita, aku Encik Penguin hari ini ada dua kelas. Kelas pagi ialah kelas Mengenalpasti dan kelas tengah hari pula ialah kelas Fotografi. Memandangkan kali ini bukan sahaja tak perlu membentangkan kerja yang sudah agak hampir pecah kepala memikirkan namun, belajar dalam gelap. Aku pun apa lagi, bukak laptop. Tup tap modem jalur lebar (broadband lah) aku tertinggal pulak dalam bilik projek.

Kelas Di Pagi Hari


بسم الله الرحمن الرحيم


Kek Nikon D700 yang dipetik dari sini


Assalamualaikum WBT dan selamat pagi! Memandangkan bilik air kat rumah bujang yang aku sewa ni tengah penuh, aku pun mengambil masa yang terluang ini untuk mencoretkan apa sahaja yang mampu aku coretkan di sini. Okeh kawan-kawan, malam tadi setelah aku bertungkus yang tak berapa nak lumus sangat, aku dah berjaya untuk mendapatkan hasil simulasi OMNeT++ yang keputusannya perlu dihantar pada Rabu, 23 Febuari ini kepada En. MF selaku pensyarah kami yang bertauliah. 

Sekarang aku sedang bersiap-siap untuk ke kelas Fotografi yang akan bermula jam 8.30 pagi. Tahun ini agak kelam-kabut kerana terlalu banyak komitmen dan perkara yang perlu diberi perhatian. Fuhhh... memang penat. Allah je yang tahu penatnya kepala dan otak yang bagaikan menyedut-nyedut meminta simpati supaya direhatkan. Namun, ilmu dan bakti itu perlu diutamakan. Korban sedikit-sebanyak okeh lagi kot.. Alamak, dah lewat. Bilik air pun dah kosong. Chiaaawwww.... Assalamualaikum ~

Ahaaa....

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Aku rasmikan isi pertama blog aku yang baru sahaja aku siapkan. Dengan susunan yang sedia ada dalam Blogger, cukuplah untuk aku memulakan segala perjalanan aku dengan Kaki Penguin, selaku pengguna Linux tegar yang tak berapa nak pakar. Tapi memang suka aku ungkapkan, ilmu itu di mana-mana dan blog aku ini akan menjadi salah satu sumber perkongsian ilmu dari aku insyaAllah. Maka, SELAMAT DATANG kepada sesiapa sahaja yang secara tak sengaja mahupun saja-saja tersadung kat Kaki Penguin. Jom pakai Linux!!!