Haha. Terima Kasih Linux.


بسم الله الرحمن الرحيم


Linux Rocks!

Assalamualaikum WBT. Okeh. Aku masih kat sini. Kat mana? Kat sini lah. Kat menara kampus tercinta. Nak dijadikan cerita, aku Encik Penguin hari ini ada dua kelas. Kelas pagi ialah kelas Mengenalpasti dan kelas tengah hari pula ialah kelas Fotografi. Memandangkan kali ini bukan sahaja tak perlu membentangkan kerja yang sudah agak hampir pecah kepala memikirkan namun, belajar dalam gelap. Aku pun apa lagi, bukak laptop. Tup tap modem jalur lebar (broadband lah) aku tertinggal pulak dalam bilik projek.

Terpaksa guna WiFi universiti. Malangnya, varsiti tercinta ini telah menghadkan jumlah pengguna yang boleh melayari internet. Pendek kata, semua pelajar bayar sama banyak untuk guna internet tapi siapa cepat dia dapat. Oh, dan aku sudah pun bergaduh dengan network administrator tersebut pada semester yang lalu dan aku malas betul nak memanjangkan isu. Kesian kat orang lain tapi taknak campur tangan. Lagipun dah tak berapa nak lama sangat kat sini. Asalkan aku boleh guna, Alhamdulillah. 

Sambung cerita tadi, aku yang dah kebosanan dan tambah lagi mengantuk yang teramat sangat sebab malam tadi tidur lewat dan bangun awal. Jam set pukul 5.30 tapi snooze sampai pukul 6.40. Bijak bestari kan? Okeh, sambung lagi. Sambil guru fotografi mengajar tentang Photoshop dan Illustrator di depan, aku pun mengushar DNS, gateway dan juga firewall dalam rangkaian yang dah menyekat aku dari melayarkan bahtera aku ke internet. Walaupun aku sekadar nak cek forum lowyat yang aku tanya mouse wireless Targus, tapi aku tetap tak puas hati dengan diskriminasi ini. Berbekalkan komputer riba yang dipacu oleh Crunchbang #!, aku pun mula membuka lembaran. Apa yang bestnya, laptop aku masa tu bukan bukak Linux tapi Windows. Alahai. Windoze pun Windoze lah janji aku bayar untuk lesen Windows. Setakat rangkaian usang ni, pakai cmd pun dah cukup. 

Maka, berfacebooklah aku dan brader forum lowyat tu masih tak balas lagi mesej aku. Memang aku dah berjaya bypass itu firewall tapi masalahnya, internet sini lembabbbb... yang amat sangatttt... Maka, aku pun tutup skrin. Menganga je lah.

Sampai sini dulu. Walaupun aku pada waktu tu pakai Windoze, tapi aku tetap nak berterima kasih pada Linux. Sebab? Linux Rockkkkkssss!!!!

Leave a Reply