بسم الله الرحمن الرحيم
![]() |
| Kek Nikon D700 yang dipetik dari sini |
Assalamualaikum WBT dan selamat pagi! Memandangkan bilik air kat rumah bujang yang aku sewa ni tengah penuh, aku pun mengambil masa yang terluang ini untuk mencoretkan apa sahaja yang mampu aku coretkan di sini. Okeh kawan-kawan, malam tadi setelah aku bertungkus yang tak berapa nak lumus sangat, aku dah berjaya untuk mendapatkan hasil simulasi OMNeT++ yang keputusannya perlu dihantar pada Rabu, 23 Febuari ini kepada En. MF selaku pensyarah kami yang bertauliah.
Sekarang aku sedang bersiap-siap untuk ke kelas Fotografi yang akan bermula jam 8.30 pagi. Tahun ini agak kelam-kabut kerana terlalu banyak komitmen dan perkara yang perlu diberi perhatian. Fuhhh... memang penat. Allah je yang tahu penatnya kepala dan otak yang bagaikan menyedut-nyedut meminta simpati supaya direhatkan. Namun, ilmu dan bakti itu perlu diutamakan. Korban sedikit-sebanyak okeh lagi kot.. Alamak, dah lewat. Bilik air pun dah kosong. Chiaaawwww.... Assalamualaikum ~



